Rabu, 17 Ogos 2016

Rancanga Jahat Yahudi Israel Terbongkar.

Rancanga Jahat Yahudi Israel Terbongkar.
RAMALLAH - PALESTIN. Institusi dan pertubuhan Israel dilaporkan sedang menunggu lampu hijau bagi meneruskan rancangan jahat mereka untuk membina 'kuil ketiga' atau Haikal Sulaiman Ketiga di atas tapak Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu di Baitulmaqdis.

Kelmarin, pertubuhan berita bebas, Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah (IMEMC) mendedahkan perkara itu sebagai memetik laporan stesen TV di Tel Aviv.

"Badan yang memihak pembinaan struktur itu telah menerima sokongan politik yang luas. Pertubuhan terbabit menjelaskan mereka telah bersedia membawa segala kelengkapan untuk pembinaan 'kuil ketiga' itu.

"Mereka menjangkakan projek itu dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun," jelas laporan agensi media Palestin, al-Ray.

Israel mendakwa mereka kononnya mempunyai hak untuk membina 'kuil ketiga' itu sebagai mengikuti tradisi pembinaan dua kuil pada zaman purba.

Ahad lalu, satu pertempuran tercetus berhampiran al-Aqsa selepas 300 pelampau Yahudi bertindak biadab mencemari kesucian masjid ketiga paling suci bagi orang Islam itu.

Pada Ogos tahun lalu, rejim Zionis menghalang kemasukan penduduk Palestin ke kawasan Haram al-Sharif tersebut yang diletakkan di bawah pentadbiran Jordan hingga mencetuskan gelombang ketegangan baharu di wilayah itu yang turut menyaksikan lebih 230 terkorban. - Sinar Harian
loading...