Selasa, 16 Ogos 2016

Sayu, Kisah Isteri Dalam Pantang Hadapi Berbagai Dugaan

Setiap ujian yang datang dalam hidup kita tiada siapa yang tahu dan besar manakah ujian yang Allah berikan.

Tapi setiap ujian yang kita terima baik besar atau kecil adalah kerana Allah masih menyayangi kita dan kita adalah insan terpilih.

Keluarga ini adalah salah seorang yang terpilih olehnya bukan satu ujian yang mereka terima atau bukan 2, tapi…

Ikutilah kisah mereka yang diceritakan oleh kakak Norsalliana Shaarikandung mengenai adiknya Norsalbiah Shaari(isteri keluarga ini).

“Saya Salliana mempunyai seorang adik perempuan  bernama Salbiah yang berkahwin pada bulan 3 tahun 2015 ketika umurnya 22tahun dengan pasangan pilihan hati yang baik yang sesibuk mana sekali pun selalu solat di masjid.

Mak saya memberinya keizinan tinggal di rumah lama kami yang agak serba kekurangan dengan atap zink lama tunggu masa saja boleh di bawa lari angin kuat. Namun untuk permulaan hidup, mereka terima seadanya.

Beberap bulan selepas berkahwin, adik perempuan saya di uji dangan kaki kedua-dua belah tertumpah seperiuk air panas di kedai makan tempat kerjanya dan dia di kejarkan ke HSNZ KT untuk operate kulit paha letak di kaki.

Minggu dan bulan berganti, klinik dan hospital jadi tempat cuci luka dan lain-lain untuk pulihkan kulit yang melecur dan akhirnya baik dengan tinggalkan kesan parut kekal di kakinya, akibat daripada kejadian tersebut dia menjadi trauma dan terus berhenti kerja.

Dalam duka Alhamdulillah mendapat berita gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata namun kesihatan dirinya tak mengizinkan untuk anaknya bertahan lama dalam kandungan menyebabkan dia terpaksa bersalin awal, usia anaknya hampir 6 bulan dengan seberat 690g ketika di lahirkan dan terpaksa di letakkan dalam incubator dengan bantuan mesin pernafasan dan kawalan rapi dari jangkitan kuman.
.
Adik membuat keputusan untuk tinggal di Merang rumah mertua supaya senang untuk dia berulang-alik ke HSNZ bagi memberikan susu ke anaknya, bermula kisah ulang alik ke hospital hantar susu, pampers dan kadang-kadang darah anak tak cukup terpaksa ke hospital juga. 44 hari pantang macam tak berpantang, sungguh kuat dirimu.

Di uji lagi, tempat kerja suaminya tak mampu membayar pekerja lagi jadi mereka minta untuk masing-masing mencari perkerjaan lain.

Kini suaminya kerja tak tetap, mana yang ada depan mata dia buat seperti wiring elektrik, tolong buat rumah orang, ke laut dan lain lain.

Di uji lagi apabila anak mereka di syaki menghidap saluran jantung berlubang dan baru-baru ini anak mereka terpaksa operate mata sebab ada masalah mata.

Kini berat anaknya 1.6kg tapi masih berada di hospital kerana belum cukup kuat untuk di benarkan pulang ke rumah.

Adik lepas raya hari itu berpeluang ada tempat untuk menetap di hospital jadi mudahlah sikit sebab kurang kos minyak kereta berulang-alik.

Makan makanan hospital kurang sikit kos, cuma pampers anak perlu kerap di beli sebab sehari 8 kali tukar takut ada masalah jangkitan kuman.

Di uji lagi apabila 3 ke 4 hari baru-baru ini angin kuat dan ribut telah menerbangkan atap-atap zink rumahnya. Awalnya di bahagian tandas lepas itu di ruang tengah rumah kemudian dalam biliknya, berselang hari rumah basah di dalam, dapat beberapa keping bantuan zink boleh letak tengah rumah.

Dalam bilik masih penuh air hujan mencurah-curah selagi tak di baiki. Mereka berdua terpaksa berbulan-bulan tinggalkan rumah kerana isterinya terpaksa menjaga anak yang dah 3 bulan di hospital sementara suami merata-rata kerja.

Di uji lagi pada petang 12/8/16 apabila suaminya excident patah tangan suami yang diharapkan dapat mencari duit tampung bayar kereta yang sekarang ini untuk kemudahan ke haspital, suami yang di harapkan dapat bagi duit belanja sedikit dan beli pampers anak kini turut sama terlantar di hospital, selagi tangan belum sembuh selagi itu mereka tiada mata pencarian”

Mungkin Allah merancang yang hebat untuk kamu berdua di masa akan datang dan segunung pahala kesabaran bekalan di sana nanti inshaaAllah.
loading...