Jumaat, 26 Ogos 2016

Tolong Jangan Tangkap Ayah Saya Nanti Kakak Dan Abang Saya Nak Makan Apa.

Tolong Jangan Tangkap Ayah
Muhammad Ilham merupakan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang kakinya terbakar dalam sebuah kejadian kebakaran rumah yang berlaku baru-baru ini.

Kanak-kanak tersebut di khuatiri telah menjadi mangsa penderaan ayah kandungnya sendiri, lebih menyedihkan lagi kaki kanak-kanak tersebut di rantai menggunakan rantai besi sehingga sukar ditanggalkan kerana besi hampir tertanam bersama dengan dagingnya.

Dalam kejadian itu Ilham di temui di dalam bilik rumah mereka yang terbakar selepas dia menjerit meminta tolong.

Mangsa merupakan anak bongsu pasangan suami isteri Sueip 37 tahun dan Nur Sinah 35 tahun, Sueip bekerja sebagai pendayung beca dan memiliki 4 orang anak, yang sulung 19 merantau dan tidak pernah balik, adiknya 17 tahun seorang penganggur baru habis belajar dan Wahyuni 12 tahun masih duduk di bangku sekolah.

Nur Sinah ibu mangsa merupakan seorang pembantu rumah wanita di Arab Saudi sudah hampir dua tahun juga tidak pernah mengirimkan khabar berita.

Sueip dengan sisa tenaga yang ada terpaksa membanting tulang mengayuh beca untuk mencari rezeki bagi memelihara anak-anaknya.

Ilham di kenali sebagai seorang anak yang nakal, lasak dan suka bermain pemetik api, walaupun begitu dia juga seorang yang sangat aktif dan pandai, menurut jiran tetangga Ilham iaitu  Effendi 50 tahun, Ilham pernah menyalakan api menggunakan dapur sehingga tong gas kehabisan gas, selain dari itu Ilham juga beberapa kali di tangkap oleh Efendi ketika dia sedang menghisap merokok.

“Saya beberapa kali menangkapnya merokok, terus saya buang rokok dan memarahinya, meskipun nakal sebenarnya dia anak yang  jujur dan saya sudah beberapa kali mengujinya, sambungnya lagi.

Sementara Zaini 50 tahun yang juga merupakan jiran tetangga Ilham menyambung cerita berkaitan ilham, " Menurut saya ilham sememangnya cukup nakal, bahkah setahu saya Ilham sendiri yang meminta dirinya di rantai bila waktunya masuk tidur, pernah sekali kerana terlupa merantai kaki Ilham telah keluar dari tingkap dan pergi ke jalan raya pada jam 2 pagi dan hampir kena langgar dengan lori, jelas Zani.

Ilham yang kini di rawat di rumah sakit dengan luka kaki terbakar menjadi kes polis kerana rantai yang terdapat di kakinya sangat mencurigakan.

Bagaimanapun Badriyah doktor yang merawat ilham memberikan laporan bahawa Ilham merupakan seorang kanak-kanak yang pandai, dia ini pandai bukan nakal, mungkin ayahnya tidak boleh memahami bagaimana cara menghadapi ihlam yang aktif dan lasak, katanya

Sementara Ilham mengaku atas kenakalannya dan berkata “saya memang nakal, sebab itu ayah rantai kaki saya, tapi jangan tangkap ayah, nanti kakak dan abang saya makan apa? luah Ilham dengan sejujurnya selebihnya dia merintih kesakitan.

Kesakitan Ilham dengan luka parah dan besi rantai yang sudah menyatu pada dangingnya akibat besi yang panas, doktor terpaksa meminta izin daripada keluarga mangsa untuk memotong kaki ilham.

Namun begitu pihak doktor belum boleh memberikan keterangan apa-apa, kerana ahli keluarga meminta agar pihak hospital tidak terlalu mendedahkan perkara-perkara berkaitan Ilham pada media.

Gambar ilham yang tersebar di media sosial juga di ambil oleh adik ayahnya ketika melawat Ilham, Saiful 35 tahun telah memberikan keterangan mengarahkan agar pihak hospital menggesa ayah Ilham untuk bersetuju memotong kaki Ilham.

Namun pihak keluarga Ilham enggan untuk bersetuju dengan alasan tidak sampai hati melihat Ilham hidup dengan menggunakan satu kaki.

“Jika pihak hospital enggan memenuhi keinginan kami, kami akan membawa balik Ilham dan mencari cara perubatan tradisional untuk menyembuhkan kaki ilham” kata Sueip.

Bagaimanapun Sueip mengakui bahawa dia terpaksa merantai anaknya itu bukan kerana tidak sayang, akan tetapi ia melibatkan nyawa Ilham,” saya melakukan semua itu adalah kerana risaukan anak saya di langgar kereta yang lalu lalang di depan rumah kerana sebelum ini sudah beberapa kali Ilham hampir di langgar kereta dan dia pernah hampir mati lemas kerana mandi sungai tanpa pengetahuan saya, sambung Suiep

Berkaitan tentang pemotongan kaki Ilham, Sueip terpaksa menerima kenyataan bahawa kaki anaknya terpaksa di potong kerana jika kaki kiri anaknya itu tidak di potong berkemungkinan besar nyawa Ilham tidak boleh di selamatkan.
loading...