Ahad, 7 Ogos 2016

Video Bapa Jual Anak Perempuan berumur 6 tahun Kerana Mahukan Kambing.

Kabul: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 55 tahun selepas bapanya menjualnya sebagai pertukaran dengan seekor kambing.

Lelaki berkenaan, Seyed Abdolkarim dan bapa kanak-kanak itu ditangkap selepas seorang saudara lelaki itu melaporkan perkahwinan berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut bapa kanak-kanak itu yang turut menerima beras, teh, gula dan minyak masak daripada lelaki terbabit, dia dan keluarganya amat terdesak untuk mendapatkan makanan.

Katanya, dengan menjual anak perempuannya, Gharibgol, beban untuk memberi makan kepada keluarganya berkurangan.

Dia juga berkata, Abdolkarim berjanji untuk tidak mengadakan seks dengan Gharibgol sehingga dia berusia 18 tahun. Harian Metro
loading...