Selasa, 16 Ogos 2016

Video Ibu Dipukul Di Klinik UTC Sentul, Polis Masih Belum Menerima Laporan.

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima laporan mengenai satu rakaman video yang menunjukkan seorang wanita yang bertindak kasar terhadap seorang wanita warga emas di sebuah klinik.

Difahamkan, video berdurasi 30 saat yang dikatakan dirakam di UTC Sentul itu menunjukkan seorang wanita yang menyorong kerusi roda beberapa kali menolak kepala warga emas itu beberapa kali serta menariknya dengan kasar.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

“Setakat pukul 5 petang ini kita belum boleh mengesahkan siapa wanita muda dan warga emas dalam video tersebut serta apa pertalian mereka kerana belum ada sebarang laporan dibuat.

“Bagaimanapun, polis akan bertindak menyiasat perkara ini sebaik sahaja menerima laporan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. - Kosmo Online
loading...