Khamis, 18 Ogos 2016

Video : Makhluk le­gen­da Amerika Selatan Gemparkan Portugal

LISBON  – Makhluk misteri menyerupai manusia yang sedang berjalan secara membongkok melalui kawasan belukar di sebuah gurun di Portugal berjaya dirakam dan menjadi viral.

Video yang dimuat turun tiga hari lalu, menerima tatapan sebanyak 72,699.

Weird news yang berkongsi video tersebut melaporkan, makhluk itu dipercayai haiwan le­gen­da Amerika Selatan yang menghisap darah kambing dan digelar masyarakat sebagai ‘Chupacabra’.
Video singkat berdurasi 1:09 minit itu menunjukkan makhluk tersebut dipercayai sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sunyi gurun itu.

Bagaimanapun, makhluk yang menyerupai manusia terbabit kemudiannya hilang daripada panda­ngan kamera di sebalik belukar di gurun berkenaan.

Sementara itu, netizen turut dalam menentukan jenis haiwan itu dan ada di antara mereka mempercayai haiwan itu adalah Chupa­cabra manakala ada yang mendakwa makhluk itu sebagai Big Foot.

Tidak kurang ramai yang mendakwa rakaman video itu adalah palsu berdasarkan kualiti rakaman.-SuaraTV
loading...