Isnin, 8 Ogos 2016

Video Pengunjung Terkejut Keluarga Beruang Liar Datang Mandi Di Tepi Pantai.

LAKE TAHOE, Amerika Syarikat – Pengunjung di sebuah pantai di sini terkejut apabila mendapati satu keluarga beruang liar berkelah dan bermandi-manda di pantai berkenaan.

Satu klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video, YouTube oleh pengguna bernama Norma Alvarez menunjukkan seekor beruang betina bersama dua ekor anaknya mandi-manda dan mencari makanan di tepi pantai Lake Tahoe.

Kehadiran haiwan liar itu sekali gus berjaya menarik perhatian pengunjung di pantai berkenaan menyebabkan mereka tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kejadian luar biasa itu.

“Hampir semua orang terkejut dengan kehadiran keluarga beruang liar itu. Haiwan itu tidak menyerang sebaliknya anak beruang berkenaan berkelakuan seperti anak manusia. Ia sangat comel,” kata Alvarez.

Sementara itu, klip video yang sama turut menunjukkan keluarga beruang berkenaan berjalan sepanjang pantai tersebut sebelum menggeledah sebuah meja yang dipenuhi dengan beg dan makanan.

Haiwan itu kemudian dirakam beredar dari situ sebelum memasuki sebuah kawasan hutan berhampiran pantai itu. – Suara.tv
loading...