Khamis, 25 Ogos 2016

Video:Curi Roti Kerana Lapar, Budak 5 Tahun Diperlakukan Dengan Kejam

Ketika ini memang banyak sekali berita tentang kes penderaan kanak-kanak, baik penderaan dari ibu dan bapa mahu pun orang lain.

Itulah yang di hadapi oleh seorang kanak-kanak 5 tahun di Filipina yang di perlakukan dengan kasar oleh penjaga sebuah kedai ubat di hospital sekitar Pagadian City Zamboanga Del Sur, Filipina.

Kanak-kanak yang tidak disebut namanya itu kakinya telah di ikat menggunakan rantai besi, lebih memilukan apabila dia di letakkan di ruangan gelap tempat penyimpanan mayat di bahagian bawah bangunan tersebut.

Kanak-kanak tersebut di maklumkan telah mencuri sebungkus roti yang hanya berharga beberapa sen sahaja kerana lapar, video tersebut turut di muat naik dalam media sosial sebagai pengajaran pada kanak-kanak lain agar tidak mencuri.

Namun sebahagian netizen telah mengecam tindakkan penderaan tersebut dan memohon kepada pihak polis Pagadian City, Zamboanga Del Sur agar segera menyiasat dan menangkap lelaki yang mendera kanak-kanak tersebut. 
loading...