Selasa, 23 Ogos 2016

Wanita OKU Mangsa Rogol Tak Nak Berpisah Dengan Bayinya.

Tidak mahu berpisah daripada anaknya walaupun keadaannya tidak mengizinkan, dia berusaha untuk menyusukan bayinya sendiri walaupun bayi tersebut diangkat dengan bantuan orang lain.

Yanti merupakan seorang gadis OKU yang lumpuh dan hanya mampu melihat keadaan di sekitarnya sahaja, ketika pemberita sampai di tempat tinggalnya, Yanti masih boleh menjawab salam walaupun suaranya tidak jelas.

Dia kelihatan lemah tak berdaya di lantai tikar yang hampir usang buatan ibunya sendiri, kemudian dia mengerang dan melenguh tanpa jelas apa maksud dan ucapannya itu?  Tidak lama selepas itu secawan teh panas di hantar oleh seorang wanita separuh abad kepada kami bertiga.

Di sebelah Yanti baring terdapat seorang bayi kecil Putih comel yang di lahirkannya lapan bulan lalu, disinilah keistimewaan Yanti yang tidak di miliki oleh orang lain.

Ketika terdapat manusia yang sanggup membuang dan membunuh bayi mereka yang tidak mereka inginkan, Yanti malah menjaga bayinya walaupun itu adalah hasil hubungan dari seorang lelaki yang tidak memiliki hati perut yang sanggup merogolnya.

Bahkan kata ibunya apabila ada orang kampung yang datang cuba mengambil bayi Yanti untuk di jaga, Yanti akan menjadi marah dan memeluk anaknya dengan erat sambil menangis.

“DIa tetap mempertahankan bayi yang dilahirkannya itu supaya sentiasa berada disampingnya.,.”kata ibunya.

Bagaimanapun menurut sumber, Yanti di rogol oleh adik iparnya sendiri ketika tiada orang di rumah pada penghujung tahun lalu dan dia diketahui mengandung hanya selepas umur kandungan berusia 6 bulan.
loading...