Isnin, 19 September 2016

Aku Nyaris Kena Tipu Dengan Kedai Tayar.

Minggu lepas dari Penang balik ke Taiping stering kereta mula bergegar suspek utama memang tayar lah puncanya, so pergi lah kedai tayar area Taiping minta dia orang cek , Memang betul tayar dah bengkak esok nak ke melaka pulak nak tak nak kene tukar tayar jugak.

Tanya lah pomen itu berapa harga tayar yang second tayar korek pun dah RM80, yang baru ada yang rm175/185, baik ambik yang baru, puas hati minta dia orang bawa keluar tayar itu nak tengok pomen itu pun bawa lah tayar baru yang harga 175, bila tanya tahun buatan tayar itu muka pomen dah mula cuak, baru dia cakap tayar tahun 2011.

Apa lagi kena sound lah."tayar lama u jual rm175 ke.u tau tak tayar ini dah expired, mana boleh jual harga ni", saya suruh dia pergi tanya tokey berapa harga tayar itu,  mula-mula dia orang bagi rm120, minta kurang sampai dapat rm105 untuk sebiji tayar, tayar korek pun dah rm80, baik ambik yang ini. dapat lah 4 biji tayar baru dengan harga rm420 rim 15'.

Moral of story, sebenarnya kita selalu kena tipu dengan kedai tayar dia orang akan keluarkn tayar yang lama untuk clearkn stok dan jual pada harga baru, kalau yang nak tukar tayar tu hati-hati supaya kita tak tertipu, di bawah ada senarai kod-kod yang patut kita tahu, moga dapat manfaat bersama, Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
  • 205 = Lebar
  • 65 = Tinggi
  • R = Radial
  • 15 = Saiz / Rim
  • 94 = Had Maksimum Bebanan
  • H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
  • Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
  • S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
  • T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
  • U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
  • V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
  • Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
  • W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
  • Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514.

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan.

Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired).

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini.

Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal.

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
  • 2012 = 40%
  • 2011 = 60%
  • 2010 = 80%
  • 2009 = Percuma

Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar.

Share Kepada Kawan-kawan Yang Lain, Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua.
loading...