Ahad, 18 September 2016

Bakal Pengantin Lelaki Bunuh Diri Sebelum Majlis Akad Nikah Berlangsung.

Muhlis bekerja sebagai seorang petani biasa
Seorang lelaki Muhlis Bin Asiz 27 tahun yang bakal melangsungkan akad nikah pada Jumaat lepas telah di temui mati dipercayai telah membunuh diri dengan cara menggantung diri di kawasan sawah dusun Kampung Beru Sulawesi.

Menurut keterangan orang awam, Muhlis bekerja sebagai seorang petani biasa telah dilihat masih sempat melakukan solat Jumaat akan tetapi pada pukul 3 petang ketika ahli keluarganya sedang sibuk mempersiapkan majlis akad nikahnya yang bakal berlangsung, tiba-tiba Muhlis membuka baju kahwinnya dan meminta kebenaran untuk keluar sekejap.

Sehinggalah semua persiapan majlis akad nikahnya telah siap sepenuhnya, kedua-dua pihak keluarga pengantin yang menunggu Muhlis terlalu lama menyebabkan mereka mula risau dan pergi mencarinya.

Muhlis telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di bawah pokok berhampiran sawah tempat dia bekerja dengan lehernya berikat tali.

Muhlis di duga telah menggantung dirinya di sepohon pokok yang cukup tinggi sebelum jatuh ke tanah, bagaimanapun punca muhlis menggantung diri masih belum di ketahui melainkan beberapa pihak yang mendakwa tindakan Muhlis itu adalah di sebabkan kerana merasa tertekan kerana telah di paksa berkahwin.
loading...