Sabtu, 10 September 2016

Ciri-Ciri Lelaki Play Boy Atau Kaki Perempuan Yang Perlu Wanita Tahu

Lelaki playboy hanya akan membuat wanita tertipu dengan sifat macho mereka, bahkan menyakitkan hati wanita yang mereka umpan untuk dijadikan peneman kala sunyi. Jadi, sebelum anda terjerat dengan lelaki hidung belang ini, jom kenali ciri-ciri lelaki kaki perempuan.

Majoriti kacak dan macho
Kebanyakan lelaki playboy ini mempunyai rupa yang kacak dan cukup maskulin pada penampilan. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak dan macho, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih dalam sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.

Mulut manis
Lelaki playboy mempunyai percakapan yang sangat manis apabila bersama wanita. Tatkala mendengar kata-kata manis, wanita senang terjerat kerana sememangnya wanita berhati lembut dan mudah terpikat apabila di beri kata manis. Usah mudah terpedaya dengan kata-kata pujian dan rayuan.

Ramai teman wanita
Lelaki playboy tidak akan pernah setia pada teman wanita mereka disebabkan itu mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka susah untuk menunjukkan komitmen dalam perhubungan.

Berahsia
Lelaki playboy ini selalunya jenis yang perahsia. Misalnya pabila  wanita ingin cuba melihat telefon bimbit mereka dan mereka akan cuba mengelak, itu adalah satu petanda yang mereka ini perahsia. Ya, telefon bimbit adalah privasi untuk kita semua, namun di situ jugalah kebenaran tersimpan.

Sukar dihubungi
Playboy yang punya ramai teman wanita pastinya susah untuk dihubungi. Apabila mereka bersama teman wanita yang lain, pastinya mereka akan mematikan telefon atau mungkin ‘reject’ panggilan anda.

Suka perbualan kotor
Ciri-ciri ini adalah yang paling ketara yang dilihat di kalangan lelaki playboy. Mereka gemar berbual tentang seks atau perbualan kotor apabila bercakap dengan wanita. Jenaka mereka juga berunsur lucah.

Tidak ingat perkara penting
Tarikh hari jadi, atau pun tarikh perkenalan adalah tarikh yang lelaki playboy sukar untuk ingati. Mungkin mereka terkeliru dengan teman wanita yang lain adalah salah satu punca mereka lupa akan tarikh-tarikh penting.
loading...