Khamis, 22 September 2016

Gigitan Cinta Dedah Kecurangan Dua Cikgu Sekolah Menengah.

Sepasang kekasih yang merupakan guru sekolah menengah telah ditahan oleh pihak polis disyaki telah menjalin hubungan sulit pada hari Selasa 20.09.2016.

Menurut laporan awal, kedua-dua guru itu mengajar di sekolah yang sama, hubungan sulit kedua-dua guru berkenaan terbongkar setelah di tangkap oleh suami guru wanita yang berusia 36 itu sendiri yang bekerja di luar bandar.

Mohd Sapruddin 38 suami kepada guru wanita itu berkata dia mula berasa curiga selepas dia melihat beberapa teks mesej di handphone isterinya dengan lelaki lain semenjak beberapa bulan lalu.

Beberapa hari sebelum kejadian, Sapruddin dengan isteri  sempat bergaduh mulut berkaitan kecurangan tersebut, namun Sapruddin tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mamatahkan penipuan isterinya kerana mesej tersebut telah dipadam oleh isterinya.

Pada Isnin 19.09.2016 sekitar jam 10.00 malam Sapruddin yang bekerja di sebuah syarikat  swasta pulang secara mengejut.

Sewaktu dia memasuki rumahnya, Sapruddin melihat isterinya hendak mandi namun berpatah balik semula dan tergesa-gesa masuk ke dalam bilik.

Kerana ingin tahu Sapruddin pun terus masuk ke dalam bilik berlakon seperti hendak melakukan hubungan intim dengan isterinya.

Namun Sapruddin sangat terkejut ketika melihat tanda merah di sekeliling payudara isterinya, Sapruddin terus bertanya kepada isterinya sambil mencari bukti di dalam Handphone isterinya.

Sapruddin yang marah telah mengheret isterinya ke rumah  lelaki yang merupakan kekasih isterinya itu, lelaki berkenaan merupakan jirannya sendiri dan mengugut akan melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Takut akan pekara  itu kedua-duanya mengaku bersalah dan mengaku mereka sudah menjalinkan hubungan  cinta semenjak beberapa bulan lalu yang bermula daripada laman media sosial.

Bagaimanapun isteri Sapruddin mengaku merasa sunyi apabila suaminya terlalu kerap pergi kerja keluar bandar dan jarang balik rumah, ditambah lagi dengan tekanan tidak dikurniakan zuriat selepas 4 tahun  mendirikan rumah tangga.
loading...