Ahad, 18 September 2016

Hakim Terkejut Dengan Permintaan Terakhir 4 Suspek Pembunuh Kejam Yuyun

Empat suspek ini, mengaku menyesal
Kes pembunuhan Yuyun yang kini telah masuk perbicaraan kali ke dua di Mahkamah, perbicaraan berkenaan telah di lakukan secara tertutup oleh Mahkamah bagi menghormati permintaan keluarga.

Empat dari 14 suspek pembunuhan Yuyun kini dibicarakan di Mahkamah Negeri Rejang Lebong Bengkulu,  Tomi Wijaya (19) , Suket (19), Mas Bobby (20), Faisal (19) telah ditangkap dan di kenakan hukuman penjara 20 tahun sementara Zainal (23) suspek utama dan perancang pembunuhan tersebut telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam perbicaraan Empat suspek ini, mengaku menyesal dengan apa yang mereka lakukan dan mahu hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka, seperti mana yang di jatuhkan kepada zainal kawan meraka itu.

Permintaan empat dari suspek ini di anggap sebagai satu perkara yang pelik, beberapa orang mendakwa ke empat-empat suspek ini di syaki mengalami gangguan jiwa dan tertekan, selain menunjukkan kelakuan pelik di dalam penjara.

Pihak hakim yang terkejut dengan permintaan ke empat-empat suspek ini bakal memberikan keputusan dalam perbicaraan selanjutnya pada 26 september ini.

Sebelumnya pada awal April lalu mayat seorang gadis ditemukan dalam keadaan bogel dan separuh busuk setelah dilaporkan hilang 4 hari, pihak polis yang membentangkan siasatan mendapati gadis tersebut adalah mangsa rogol dan bunuh yang di lakukan oleh 14 orang termasuk rakan sekolahnya sendiri.

Terbongkarnya kekejaman yang dilakukan oleh 14 orang itu selepas mayat mangsa di bedah siasat. kesan kekerasan pada badan mayat dan terdapatnya air mani pada kemaluan yang bercantum dengan lubang dubur akibat dirogol secara paksa, menjadi langkah awal penemuan mayat Yuyun di laporkan sebagai kes bunuh diamana sebelumnya di laporkan sebagai kes hilang.
loading...