Ahad, 18 September 2016

Handphone Remy Ishak Dirampas Polis.

Sebelum ini media ada melaporkan selepas rumah Remy Ishak diserbu polis media tidak dapat menghubungi pelakon tersebut membuatkan pihak media merasa ragu-ragu dengan kes ugutan bunuh itu, menurut laporan kosmo telefon bimbit milik pelakon terkenal itu dirampas polis bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan bunuh yang diterimanya pada 29 Ogos lalu.

Di fahamkan Remy telah merakamkan ugutan bunuh itu yang didakwa dibuat oleh seorang wanita kerabat diraja berusia 40-an dari sebuah negeri di Pantai Timur, polis juga merampas telefon bimbit milik pengawal peribadi kerabat diraja itu bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Satu sumber berkata, pengawal peribadi itu ditahan pada hari kejadian sejurus pihaknya menerima laporan daripada pelakon berusia 34 tahun itu, bagaimanapun, pengawal peribadi itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihak polis merekodkan keterangannya berhubung kes tersebut.

“Setakat ini, siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima Remy masih dilakukan dan kita juga telah mengambil keterangan pelakon itu bagi membantu siasatan, “kita telah menyerahkan dua buah telefon bimbit itu kepada pihak forensik digital untuk dianalisis bagi memastikan ugutan bunuh yang diterima pelakon itu sahih atau sebaliknya,” katanya. – Kosmo
loading...