Isnin, 12 September 2016

Isteri Menemui Pesanan Dari Suaminya Yang Telah Lama Meninggal Dunia.

Satu pesanan yang tersembunyi dari seorang suami yang telah lama meninggal untuk isterinya akhirnya telah di jumpai. Pesanan yang tertulis di atas sekeping papan tersebut telah dijumpai oleh anak lelaki dari pasangan tersebut secara tidak sengaja dan telah di muat naik ke laman Imgur.

Di laman Imgur tersebut, seseorang yang menggunakan nama ButAnywayHeresWonderwall telah memuat naik kisah tersebut mengatakan bahawa ayahnya yang bernama Mason telah meninggal ketika usianya menjangkau ke 51 tahun atas sebab saluran arterinya pecah.

Beberapa hari yang lalu, di salah satu sudut rumah yang tersembunyi secara tidak sengaja dia telah menemui sekeping papan yang tertulis satu pesanan. Pesanan tersebut yang ditulis dengan menggunakan dakwat merah itu rupanya di buat oleh mendiang ayahnya sendiri dan ditujukan khas untuk isteri yang ditinggalkannya.

Berikut merupakan isi pesanan tersebut:

Aku mencintaimu Becca. Walau hari apa sekalipun hari ini, aku berharap semoga ini merupakan hari yang indah. Tuhan telah memakbulkan doaku pada hari dia memberikanmu kepadaku. Hari tersebut merupakan hari yang terbaik yang pernah aku miliki kerana ada dirimu di sana.

Aku tidak tahu jika kamu akan menemui pesanan yang aku tulis ini. Tetapi apabila kamu melihatnya, ketahuilah bahawa aku sangat mencintaimu. Jika terdapat sesuatu yang aku inginkan di dalam hidup ini adalah menjadi seorang yang terbaik untukmu seperti mana kau menjadi yang terbaik untuk aku.

Jika aku mampu melakukannya, maka aku merupakan lelaki yang paling bahagia di dunia ini. Aku amat mencintaimu wahai isteriku yang cantik.

Mason.

Semenjak di muat naik ke media sosial, pesanan romantik itu telah mengusik emosi banyak netizen. Di Imgur, gambar papan kayu tersebut telah diklik sebanyak tak kurang dari 1.4 juta pengguna. Beberapa pengguna laman tersebut telah memberikan komen, "Ini membuktikan bahawa cinta masih ada".
loading...