Ahad, 25 September 2016

Kejam!!! Ibu Cangkul Anak Kandung Hingga Mati

Tiada siapa yang tahu syaitan mana yang merasuk seorang ibu jumira 36 tahun sehingga dia sanggup mencangkul anaknya Dilla 7 sehingga meninggal dunia.

Mengikut dari laporan Eberita nusantara,dalam kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 5 petang itu, mangsa balik ke rumahnya selepas penat bermain dan meminta makanan daripada ibunya.

Oleh kerana berlaukkan kangkung goreng dan tauhu sahaja menyebabkan mangsa tidak mahu makan dan merengek meminta ayam goreng sambil menggertak ibunya dengan perkatan”biar saya mati kelaparan” kalau tidak di bagi ayam goreng.

Jumira yang naik pitam mendengar perkataan anaknya terus mengheret anaknya itu sambil berkata"sini kalau nak mati".

Kata-kata Jumira itu ternyata bukan sekadar main-main, dengan rasa marah dia mengambil sebilah parang dan menetak anaknya di bahagian kepala 4 kali dan menetak bahagian tangan mangsa sehingga mengakibatkan tangan mangsa terputus.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut di cangkul di bahagian perut sehingga usus terburai dan maut di tempat kejadian.

Jiran yang terdengar suara bising terus ke tempat kejadian dan menemui Dilla sudah tidak bernyawa akibat kecederaan teruk pada anggota badan.

Bagaimanapun Jumira telah ditahan oleh Jabatan Polis Desa Tanjung Muning Sumatra Barat tanpa sebarang bantahan dan mengatakan dia merasa kesal apabila anaknya mengeluh dengan kehidupan mereka yang miskin. 

Di maklumkan bahawa setahun lalu kejadian seperti ini pernah berlaku di kampung yang sama, di mana seorang ibu  yang mengalami gangguan jiwa telah mengerat leher anak lelakinya yang berusia 12 tahun hanya kerana mengeluh tiada lauk untuk makan.
loading...