Ahad, 4 September 2016

Lelaki Merana Gara-Gara Zakar Membengkak Terlampau Besar.

Kenya – Seorang lelaki dari Kenya, Sorence Owiti Opiyo hidup merana kerana saiz zakarnya terlampau luar biasa besar telah menyebabkannya tidak boleh melakukan hubungan seks.

Saiz zakar Sorence dikatakan 10 kali lebih besar daripada saiz zakar biasa.

Sorence; 20, dipercayai memiliki saiz zakar luar biasa itu selepas kemaluannya membengkak sejak dia masih kecil lagi.

Malah disebabkan ‘kecacatannya’ itu, Sorence tidak dapat menghabiskan zaman persekolahan selepas dia kerap dibuli rakan-rakan berhubung hal tersebut.

Memetik Buzz Kenya, Sorence mengakui dia sangat sedih mengenangkan nasibnya yang mungkin tidak dapat berkahwin dan memiliki zuriat sendiri disebabkan penyakit yang dialaminya itu.

Susulan itu, Sorence berharap dia dapat melakukan pembedahan bagi mengembalikan kehidupan seorang lelaki normal selepas ini.
loading...