Rabu, 14 September 2016

Pasangan Pelajar Terima Padah Kerana Guna Beg Plastik Sebagai Kondom.

Sepasang pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami luka dan pendarahan pada alat sulit setelah menggunakan beg plastik sebagai kondom.

Menurut sebuah laman antarabangsa, kedua-dua mangsa yang tidak didedahkan identitinya merupakan mahasiswa sebuah kolej di Hanoi, Vietnam Difahamkan pasangan ini baru pertama kali melakukan hubungan seks.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Buah Pinggang Hanoi, Nguyen The Luong, memberitahu bahawa lelaki itu terlalu malu untuk keluar membeli kondom.

Tambah Luong, pasangan terbabit terpaksa diberikan antibiotik untuk membantu proses pemulihan mereka.

Jelasnya lagi, beg plastik tidak sesuai digunakan sebagai alat pencegah kehamilan kerana tidak mempunyai keanjalan dan pelincir bagi mengantikan kondom. Malah boleh menyebabkan calar dan luka pada vagina.

Menurut laman tempatan Tuoi tre, satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Perubatan Hanoi dan Kolej Perubatan Hanoi telah menjalankan kajian terhadap 2,700 mahasiswa dari enam universiti di bandar itu.

Difahamkan sebanyak 16 peratus dari responden yang menyertai kajian itu mengaku telah melakukan hubungan seks dan hanya satu pertiga sahaja menggunakan kondom sebagai alat pencegahan.

Manakala sebanyak 25 peratus memberitahu bahawa mereka malu untuk membeli kondom atau alat pencegah kehamilan.
loading...