Sabtu, 24 September 2016

Pekerja Ladang Bunuh Isteri Majikannya Kerana 3 Bulan Tidak Di Bayar Gaji.

Pekan Baru – Pihak polis Indragiri Hulu di Riau menangkap Mimin Warsito (36) seorang pekerja ladang sawit yang telah membunuh isteri majikannya. Suspek merasa sakit hati kerana majikannya tidak membayar gaji selama 3 bulan

Kata pihak polis Yarmen kepada pemberita pada Sabtu. Dia menjelaskan, suspek Mimin ditangkap pagi tadi kira-kira pukul 10.00, di Jalan Lintas Timur Kecamatan Lirik.. Suspek melakukan pembunuhan pada hari Jumaat sekitar pukul 09.00  di Kampung Rejosari Kecamatan Lirik. Selepas membunuh isteri majikannya suspek telah melarikan diri.

"Pagi tadi kita menerima maklumat daripada penduduk kampung  yang ternampak suspek  sarapan pagi di salah satu warung di Jalan Lintas Timur. Kehadiran pasukan polis membuatkan suspek berlari ke dalam hutan sekitar warung di situ," kata Yarmen.

Menurut Yarmen, pasukan polis mengejar suspek, akhirnya suspek ditangkap bersembunyi di kawasan paya. "Suspek kini berada di balai polis Lirik untuk pemeriksaan lebih lanjut," kata Yarmen.
Dari hasil pemeriksaan lanjut, suspek membunuh isteri majikannya, Yutmia Syafmelda (24) kerana sudah tiga bulan tidak menerima gaji. Suspek selama ini bekerja di  ladang sawit milik suami mangsa.

"Suspek mengaku kalau selama ini sudah berusaha meminta ganjinya yang sudah tiga bulan tak dibayar. Mimin mengaku merasal kesal kerana janji majikannya itu tidak pernah ditepati. Kerana kesal dengan tindakan majikannya itu dia membunuh isteri majikan dengan cara mulut mangsa diikat dengan selendang," kata Yarmin.

Ketika pembunuhan berlaku, suami mangsa dalam perjalanan  ke rumahnya. Suami mangsa rencananya pagi itu akan mengajak istrinya ke bank untuk mengambil gaji suspek.

Dalam perjalanan ke rumah, suami menghubungi isterinya melalui handphone namun tak diangkat. Setelah sampai rumah, suami dipanggil isterinya tak menyaut.

Tak lama, suami mangsa mendengar bunyi pintu belakang terbuka. Ketika itu, suspek Mimin lari dengan melompat pagar rumah. Suami mangsa sempat mengambil botol melemparkan ke arah suspek namun tidak kena.

"Setelah masuk ke dalam rumahnya, baru tahu isterinya sudah mengelatak tak bernyawa. Suami terus berlari ke balai polis Lirik untuk membuat laporan.
loading...