Ahad, 11 September 2016

Penduduk Terkejut Pasangan Yang Ditangkap Rupanya Cikgu Dan Pelajarnya

Gambar Ketika Kejadian
Indonesia: Pasangan yang di percayai seorang guru dan juga pelajarnya di tangkap basah oleh penduduk kampung di sebuah rumah kosong di Kecamatan Nguling selepas mereka melakukan maksiat, guru wanita terbabit di percayai mempunyai suami dan dua orang anak semasa di siasat oleh pihak polis yang dihubungi oleh penduduk.

Guru yang berusia 32 tahun itu di katakan berasal dari Penunggul Kecamatan Nguling, insiden memalukan itu berlaku selepas tamat waktu persekolahan dan beberapa penduduk melihat seorang wanita menaiki sebuah motosikal yang di bawa oleh seorang pelajar sekolah menuju ke rumah kosang di kampung tersebut.

Kerana merasa curiga dengan kelakuan pasangan itu, penduduk kampung mula mengintip pasangan tersebut setelah melihat motosikal yang di tunggang oleh pasangan terbabit terus menuju ke rumah kosang tidak jauh dari tempat mereka.

Selepas beberapa minit menunggu pasangan itu tidak juga keluar menyebabkan penduduk kampung mula mengambil tindakkan untuk menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut, mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik di rumah kosong itu dan mendapati pasangan itu dalam keadaan yang memalukan.

Penduduk kampung terkejut melihat pasangan terbabit yang rupa-rupanya merupakan seorang guru dan anak muridnya sedang melakukan maksiat, mereka terus menghubungi pihak polis, polis tiba ditempat kejadian dan membawa pasangan terbabit ke balai polis.
loading...