Jumaat, 16 September 2016

Polis Berjaya Menangkap Dua Artis Wanita Terlibat Dalam Pelacuran Kelas Atasan.

Polis menahan dua lagi artis wanita bersama dua bapa ayam kerana terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan terbesar di bandar raya ini.

Pegawai unit siasatan jenayah, Indonesia Umar Surya Fana memberitahu, artis Nikita Mirzani dan Putty Revita, finalis Puteri Indonesia 2014,ditahan bersama dua lelaki itu di hotel lima bintang di tengah Jakarta,kelmarin.

"Pelanggan membayar antara Rp50juta (RM15,300) dan Rp120juta (RM36,000) untuk menggunakan khidmat artis itu selama tiga jam,"kata Umar.

Dua bapa ayam itu pula dipercayai mempunyai kaitan dengan Roby Abbas yang ditahan Mei lalu dalam operasi menyasarkan kegiatan pelacuran kelas atasan.

Roby dijatuhkan hukuman penjara satu tahun empat bulan selepas didapati bersalah.

Dalam serbuan kelmarin,polis menyamar sebagai pelanggan dan menghubungi seorang bapa ayam berkenaan,dengan mendakwa mencari seorang pelacur untuk seorang rakan perniagaan.

Mereka kemudian menerima katalog mengandungi gambar selebriti menerusi telefon bimbit dan diberi senarai syarat khas sebelum membuat tempahan selebriti tertentu.

Mereka diminta menempah sebuah bilik di hotel terkenal dan memindahkan Rp10juta (RM3,000) ke dalam akaun bank sebelum menemui pelacur terbabit.Baki wang itu perlu diserahkan kepada bapa ayam itu selepas menggunakan khidmat pelacur berkenaan.

Nikita Mirzani dan  Putty Revita Ditangkap dalam bilik hotel

"Kita akan mendakwa mereka atas kesalahan pemerdagangan manusia manakala dua artis itu akan dianggap mangsa," kata Umar.

Umar berkata,Nikita dan Putty ditahan selepas mereka menanggalkan pakaian, syarat yang diperlukan untuk mendakwa seseorang menurut undang-undang pelacuran.

Sementara itu,peguam Nikita, Partahi Sihombing menyangkal artis seksi dan kontroversi itu melacur.

Bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat polis di Jakarta, semalam, Partahu berkata, Nikita berada di bilik hotel Kempinski itu kerana menyalinkan pakaian dengan baju yang baru dibelinya.
Nikita Mirzani dan  Putty Revita
loading...