Jumaat, 23 September 2016

Tahanan Dibenar Akad Nikah Di Dalam Balai Polis.

Setiap orang pasti menginginkan majlis pernikahan yang sempurna bersama pasangannya kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang di anggap mulia dan merupakan salah satu penghijrahan ke arah kehidupan yang berbeza.

Berbeza pula dengan apa yang berlaku kepada pasangan Muhammad Harudin 20 tahun bersama tunangnya Marlena 19 tahun yang terpaksa melangsungkan perkahwinan mereka dalam balai polis ibu kota Jakarta, Polis Daerah Metro Jaya di Jakarta semalam.

Harudin merupakan seorang tahanan polis bagi kes kecurian motosikal telah dibenarkan melangsungkan majlis akad nikah bersama tunangnya dan mereka telah di nikahkan oleh Ketua Kampung pengantin perempuan yang berasal dari Lampung iaitu sebuah pulau paling selatan di Pulau Sumatera, Indonesia.

Media tempatan hari ini telah melaporkan bahawa perkahwinan tersebut yang berlangsung dalam suasana menyedihkan itu turut di saksikan oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan.

"Hanya atas aspek kemanusiaan sahaja kita membenarkan mereka mengakad nikah dan majlis itu hanya upacara nikah sahaja dn tidak lebih dari itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya, Budi Hermanto. Di katakan lagi  polis memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis tersebut kerana atas permintaan ibu bapa keluarga masing-masing yang memaklumkan bahawa Marlena sedang mengandungkan anak Harudin.

Mereka di katakan sepatutnya bernikah di Lampung dan segala persiapan untuk majlis kenduri perkahwinan mereka telah pun di aturkan oleh keluarga mereka di rumah masing-masing, namun mejlis tersebut terpaksa di batalkan kerana Handuri tidak dapat pulang ke Lampung kerana telah di tangkap oleh polis 3 hari sebelum majlis perkahwinan mereka ketika sedang berurusan untuk menjual motorsikal curi di Jakarta.

Oleh kerna kejadian tersebut, majlis perkahwinan mereka terpaksa di batalkan dan pihak keluarga terpaksa membuat rayuan kepada pihak polis agar pasangan tersebut tetap di ijab kabulkan atas sebab Marlena telah hamil empat bulan.

Katanya, setelah rayuan mereka telah di terima ,pihak keluarga telah menyewa kereta untuk berangkat dari Lampung Timur ke Jakarta dan terpaksa menempuh perjalanan jauh demi menyaksikan pasangan tersebut bernikah.

"Kami berangkat dari sana pukul 9 malam dan hanya sampai ke Jakarta pada pukul 7 pagi dan saya turut menasihati Hairudin supaya insaf kerana terpaksa melangsungkan acara yang mulia di tempat yang tidak sesuai iaitu dalam lokap polis," katanya.

Sebaik majlis akad nikah tersebut selesai, mereka terpaksa meninggalkan Hairudin dalam lokap kerana tempoh tahanan pengantin lelaki itu masih panjang kerana kesnya masih belum didakwa di mahkamah.
loading...