Selasa, 13 September 2016

Teman Lelaki Diikat Dan Ditarik Seperti Anjing Di Tengah Jalan Raya.

China – Beberapa keping gambar tersebar di media sosial China tindakan seorang wanita memperlakukan teman lelakinya seperti anjing.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, seorang wanita memakai baju paras peha warna biru dilihat mengikat dan menarik teman lelakinya seperti haiwan peliharaannya.

Apatah lagi, lelaki yang lengkap berpakaian itu disuruh merangkak menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya di khalayak ramai.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan kejadian itu berlaku di Fuzhou, wilayah Fujian pada 9 September lalu.

Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Encik Lian, tindakan tidak bermaruah wanita itu menjatuhkan air muka pasangannya selain menyebabkan kesesakkan lalu lintas di kawasan berkenaan kerana ramai yang berhenti untuk melihat kejadian itu. Pihak polis terpaksa dihubungi untuk menangani kesesakkan yang berlaku.

Pun begitu, wanita berkenaan berjaya dipujuk untuk melepaskan mangsa dari terus diperlakukan sedemikian rupa.

Foto -foto yang tersebar di laman Weibo dengan tajuk ‘Kejadian sekitar Fuzhou’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

Salah seorang daripada netizen menulis, “Bayangkan, bagaimana perasaan ibu bapa mereka yang melihat kejadian ini.”

Manakala seorang lagi berkata,” Di mana maruah seorang lelaki?”. Walau bagaimanapun, laman itu tidak memberitahu kenapa wanita berkenaan bertindak sedemikian ke atas teman lelakinya.
loading...