Sabtu, 24 September 2016

Video: Budak Jatuh Perigi Sedalam 10 meter.

Beijing – Seorang budak lelaki di China mengalami detik-detik trauma apabila terjatuh ke dalam perigi kecil sedalam hampir 10 meter, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Chinanews.com, kejadian berkenaan berlaku di Xihua dekat wilayah Henan pada 22 September lalu apabila budak lelaki berusia lima tahun itu terperosok ke dalam lubang tersebut dengan tidak sengaja.

Budak itu bernasib baik kerana ada penduduk kampung menyedari kejadian tersebut dan sepasukan bomba dikerah tidak lama kemudian untuk menyelamatkan mangsa.

Operasi menyelamat itu sempat dirakamkan yang menunjukkan aksi seorang anggota bomba yang diikat dengan tali pada bahagian badan diturunkan memasuki telaga itu secara terbalik.

 Anggota bomba itu mendapati kanak-kanak berkenaan berada di dasar perigi dalam ketakutan sebelum dibawa naik ke permukaan.

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak tersebut memandangkan ruang perigi yang terlalu kecil.

Namun budak itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius ekoran kejadian tersebut.
loading...