Khamis, 22 September 2016

Video Kejadian Dan Gambar Pemandu Lori Gilis Budak Sekolah Depan Mata Ibu

Tersebarnya video rakaman cctv kemalangan maut sebuah lori yang melanggar pelajar sekolah di hadapan Sek Ren Teluk Medan mula menjadi perhatian bagaimana kronologi kejadian nasib malang yang menimpa Mohammad Haikal Helme, 10 boleh berlaku.

Dimaklumkan bahawa ibu mangsa turut menyaksikan anak bongsunya itu maut digilis sewaktu hendak ke sekolah dalam kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, di sini pada pagi itu.

Bagaimanapun selepas kejadian pemandu lori yang membawa muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth cuba melarikan diri namun dapat ditangkap di kawasan bendang berhampiran oleh penduduk kampung berkenaan.

Ayah kepada Haikal, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anaknya ketika ditemui di unit forensik Hospital Parit Buntar.

Menurut beliau, mangsa amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya.

“Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.

“Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah yang menimpa, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah anak,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur.

loading...