Khamis, 22 September 2016

Video Shah Rukh Khan Tolak Peminat Lelaki Untuk Berselfie Dan Berselfie Dengan Peminat Wanita.

Walau pun berstatus sebagai bintang berprofil tinggi, namun Shah Rukh Khan (SRK) juga dikenali sebagai seorang yang mesra dan sentiasa bersedia melayani peminatnya. Namun baru-baru ini timbul isu mendakwa, raja Bollywood ini didakwa menyerang seorang peminat gara-gara diajak berselfie.

Kejadian tersebut berlaku ketika aktor berusia 50 tahun ini tiba di bandar Amsterdam bagi menjalani penggambaran terbaharunya, filem The Ring.

Menerusi rakaman sebuah video menunjukkan, sebaik saja melihat kelibat idola pujaan ramai ini, peminat mula menjerit dan masing-masing mahu mengambil peluang bergambar dan berselfie dengan bintang Diwale itu.

Tiba-tiba seorang peminat bertindak kasar kerana menarik leher SRK dan terus mahu merakamkan gambar selfie. Bagaimanapun SRK pantas menolak tangan peminat itu dengan reaksi wajah marah sambil seolah-olah mahu menumbuk peminat berkenaan. Sejurus itu, beberapa pengawal peribadi pelakon itu pantas memengang dan cuba peminat tersebut daripada SRK.

SRK kelihatan kembali tenang dan terus berjalan ke hadapan sambil sesekali berhenti dan melayani peminat lain yang mahu berselfie dan bergambar bersamanya.

Menurut laporan India Today, ini bukan kali pertama Shah Rukh terbabit dengan insiden didakwa berkelakuan buruk di khalayak ramai.

Sebelum ini, SRK pernah menerima teguran daripada Persatuan Kriket Mumbai (MCA) ekoran insiden pergaduhan antara beliau dengan pengawal keselamatan serta beberapa pegawai MCA di Stadium Wankhede pada tahun 2012 ketika berlangsungnya Kejohanan Antarabangsa Premiere League (IPL). Akibatnya SRK diharamkan menjejakkan kaki ke stadium tersebut selama tiga tahun.

Laporan The Times of India menyatakan, larangan itu sepatutnya dikenakan selama lima tahun, tetapi pihak MCA bersetuju untuk mengurangkan tempoh tersebut.

“Sudah tiga tahun sejak pihak kami mengharamkan beliau. Jawatankuasa pengurusan sebulat suara berpendapat bahawa larangan terhadap beliau ditarik balik. Shah Rukh kini amat dialu-alukan untuk datang dan menonton perlawanan di Stadium Wankhede, “kata Setiausaha MCA PV Shetty, pada ketika itu.

Sementara itu, menerusi satu temubual lain, SRK menjelaskan sebab sebenar mengapa beliau bertindak dan bersikap dingin sewaktu berhadapan dengan peminat di Amsterdam sehingga insiden itu mencetuskan isu.

SRK mengakui bahawa dia sebenarnya lebih senang melayani peminat yang terdiri daripada lingkungan usia di bawah 25 tahun malah bersedia melakukan dan memenuhi permintaan mereka, tetapi jika berdepan dengan peminat yang lebih tua daripada itu, ia tentunya berisiko. .

“Saya mempunyai peraturan yang mudah. Saya telah memberitahu pengawal peribadi saya bahawa mana-mana peminat yang berumur di bawah 25 tahun mempunyai hak bersikap ‘nakal’ dan kebudak-budakkan. Tiada siapa yang akan berkata apa-apa kepada mereka.

“Saya mempunyai anak-anak yang berusia 16 tahun dan 18 tahun dan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak boleh membuatkan anda marah mereka. Sehingga mereka berusia 25 tahun, mereka boleh berbuat baik, salah, berkelakuan baik atau buruk. “

Barang kali jika peminat di Amsterdam itu lebih muda malah sekalipun lebih berusia tetapi jika dia tidak berkelakuan biadap, tentu dia berpeluang mendapat layanan daripada SRK.
loading...