Rabu, 26 Oktober 2016

4 Tahun Bercinta, 2 Bulan Tak Jumpa, Kekasih Hantar Gambar Kahwin Dengan Lelaki Lain.

Cinta tak kesampaian dan putus di tengah jalan. Mereka yang tidak pernah mengalaminya mungkin akan berkata “biasalah itu tiada jodoh” namun bagi yang menanggungnya, bukan sukar untuk ‘move on’ dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Apatah lagi jika perhubungan yang sudah bertahun ini berakhir apabila si dia mengakui telah berkahwin dengan orang lain. Kecewa, memang kecewa tapi apa boleh buat.

Kisah cinta den yang benar
BERCINTA DENGAN DEN 4 TAHUN TAPI AKHIRNYA NIKAH DENGAN ORANG LAIN…

Hanya tuhan sajalah yang tahu perasaan hati den bila dapat mesej dan gambar dia telah berkahwin semalam, baru 2 bulan tak berjumpa, tapi chat macam biasa, patutlah kau tak reply chat den, rupa-rupanya orang tengah sarung cincin dekat jari kau, tahu-tahu kau hantar gambar kahwin kau dan bagi tahu ‘aku tak boleh layan kau lagi sebab aku dah jadi isteri orang’.

Kecewa hati ini hanya allah saja yang tahu. Setelah sekian lama, dari 4 tahun lepas den berpindah ke Kuala Lumpur sebab nak dekat dengan dia.

Sanggup utamakan dia dari segala-galanya, sampaikan masuk kerja pun lambat kena marah bagai semua untuk dia, Pergi kerja balik kerja selama 4 tahun inilah tangan yang hantar dan ambil, berhujan berpanas basah kuyup, inilah orangnya, tak pernah mengeluh, Tak pernah miss ambil dan hantar.

Hinggalah dia dah menjadi manager dekat garder mid valley.  Apa lagi perempuan nak, tak cukup ke apa yang den lakukan, hari dia cuti, tak pernah tak keluar. Bawa keluar tak nak bagi dia bosan dekat rumah. Sampaikan den pun tak pergi kerja kadang-kadang untuk dia.

Sayang punya pasal, siapa tak sayang awekkan. Den bagi sepenuh hati den dekat dia. Setiap masa ingat dan fikirkan dia. Tak terlintas hati ini nak cari lain. Den tetap setia pada dia walaupun family dia taklah bagus tapi den boleh terima seadanya. Bukan tak kenal makcik pakcik dia semua sepupu sepapat. Semua dah pernah kenal dan beraya sekali.

Tuhan saja yang tahu bertapa kecewanya hati ini kau buat. Ya allah, nanti kawan-kawan tanya apa den nak jawap, nenek tanya apa den nak jawap, emak, ayah, sepupu sepapat den tanya apa den nak jawap tak sanggup den nak bagi jawapan yang kau dah bernikah dengan orang lain.

Ya allah, apa yang kau buat sekarang betul-betul buat aku terduduk. Kau buat aku tak mampu berdiri, tapi apa pun den akan teruskan hidup den walaupun den bukan orang yang senang bukan orang yang hensem atau kaya, tapi den bertangungjawab terhadap kau masa den kenal kau sampailah kau nikah.

Den takkan ganggu kau , dan den takkan jumpa kau lagi. Andai 1 hari nanti bila den tak ada kau ingatlah nama den ini.. Yang pernah susah payah dan senang bersama kau. Bukan apa den rasa terkilan sangat-sangat apa yang kau buat dan tak sangka. Ya allah, Den menulis setiap apa yang aku tulis ini dari hati aku sendiri.

Menitis air mata ini mengingati apa yang kau buat ini, Den hanya boleh berdoa agar kau bahagia, Den sayangkan kenangan, sayangkan sekian lama dengan kau 4 tahun susah-payah senang bersama-sama tapi kau tak pernah fikir perasaan den.

Sekarang den biarkan saja semuanya berakhir di sini, Den pergi demi bahagia kau, semoga kau bahagia dengan pasangan baru kau, Allah maha besar, maha pengasih dan lagi maha penyayang. Biar Allah yang saksikan segala-galanya. Setiap apa yang kau buat den takkan balas.

Tapi bila 1 saat bila kau kena macam ini. Kau ingatlah nama den, Den nak kau tahu den sungguh-sungguh kecewa dengan apa yang kau buat, selepas den curahkan segala kasih sayang, hati den terhadap kau. Terima segala kebaikan dan keburukan kau, terima seadanya family kau.

Den berkongsi cerita ini supaya aku terasa lapang, kawan-kawan den pun terkejut. Apatah lagi den bila sampai whatsapp macam itu. Tapi yang menjadi peliknya, baru dua bulan tak jumpa kau dah nikah. Maknanya kau dah kenal lelaki semasa kau dengan den.

Kau dah berhubung masa kau dengan den lagi. Berulang kali dah kau buat macam ini. Tapi ini paling dalam yang den rasakan, Den sanggup bertahan lama sebab sayang, sebab cinta tapi kau balas dengan begini, sungguh den terkilan.

Tak apalah bukan rezeki den bukan jodoh den. Apa-apa den tetap akan teruskan hidup den, dengan apa yang terjadi bila mak den tahu, mak den call, sejuk hati den dengar suara mak suruh bersabar, hari ini hari kau, esok-esok hari den pula. Untuk berkongsi cerita. Inilah kisah hidup den.
loading...