Isnin, 17 Oktober 2016

4 Tahun Menikah Tak Dapat Anak “Isteri Mengandung Anak Zina”

Derita tidak memiliki anak adalah salah satu penderitaan yang sangat menekan hati dan perasaan pasangan suami isteri.

Pekara itulah yang membuat seorang wanita Amira (bukan nama sebenar) nekad menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Katanya beliau sudah menikah selama 4 tahun dan belum dikaruniakan zuriat kerana suaminya disahkan mandul oleh pihak hospital, perbagai usaha dilakukan selain ikhtiar tapi masih belum membuahkan hasil.

“Bukan niat saya untuk mengaibkan suami sendiri, dia baik tapi suami mengalami masalah lemah tenaga batin”,katanya.

Amira menjelaskan bahawa dia sayangkan suaminya, tapi dalam pada yang sama beliau juga mencintai seorang lelaki yang merupakan rakan sekerjanya, itu yang dia lakukan untuk memenuhi keperluan batin yang tidak dapat sepenuhnya dari suaminya.

Pada awalnya hubungan itu hanya kawan biasa saja, tapi selepas menemui beberapa keserasian, Amira akhirnya memutuskan untuk menjalin hubungan cinta bahkan selepas 5 bulan menjadi pasangan kekasih mereka beberapa kali terlanjur dan akhirnya Amira disahkan mengandung.

Apa yang menjadi masalahnya adalah Amera tidak mahu kehilangan suami dan kekasihnya itu dimana dia sekarang telah mengandung anak dari hubungan zinanya.

“Saya sayangkan mereka berdua, saya tidak mahu kehilangan mereka dan sekarang saya tengah mengandung hasil dari hubungan teman lelaki saya. saya sudah memberitahu kepada teman lelaki saya dan dia akan menikahi saya kalau saya bercerai dengan suami”

“Tapi saya tidak mahu bercerai dengan suami sebab saya sanggat sayang suami dan tidak mahu kehilangannya”.katanya.

Apa seharunya yang patut dilakukan Amera, patutkah dia memberitahu bahawa dia telah mengandung anak luar nikah kepada suaminya yang disahkan mandul.
loading...