Rabu, 12 Oktober 2016

5 Gambar Cinta Tak Direstui Orang Tua, Remaja Rogol Dan Pijak Leher Kekasih Hingga Maut

Hanya kerana hubungan cinta mereka tidak di restui oleh kedua orang tua, seorang remaja lelaki Aswin Rahmatullah 17 tahun mengambil keputusan merogol serta membunuh kekasihnya Ni Made Prabawanti 18 tahun dengan kejam dan mengerikan.

Mayat seorang gadis yang di laporkan hilang selama 3 hari di Surabaya telah di temui dalam keadaan bogel dan hampir busuk ditutupi oleh lalang serta semak-samun di tanah kosong sebelah timur Apartment Puncak Kertajaya di Jalan Kertajaya Regency Surabaya pada hari minggu yang lepas.

Pihak polis yang menjalankan siasatan mendapati bahawa mangsa telah dilihat kali terakhir bersama kekasihnya Aswin.

Pada awal siasatan yang di jalankan, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mangsa ragut kerana barang-barang berharga milik mangsa seperti rantai emas serta subang emas mangsa tidak di jumpai pada mayat mangsa.

Namun begitu setelah suspek utama iaitu Aswin telah ditangkap dan tertuduh telah mengakui segala perbuatannya, beberapa fakta yang mengejutkan telah dapat diselesaikan.

Tertuduh telah melakukan adegan ulangan semula pembunuhan yang dilakukannya semalam telah menunjukkan 19 adengan ngeri pembunuhan tersebut, selepas mengadakan hubungan intim dalam semak sebanyak dua kali, tertuduh telah memukul muka mangsa dan kemudian telah memijak leher mangsa beberapa kali, tidak cukup dengan itu perut mangsa juga di pijak sehingga mengakibatkan mulut serta hidung mangsa mengeluarkan darah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut keterangan daripada tertuduh, dia telah menjadi gelap mata sehingga sanggup membunuh kekasihnya itu dengan bermotifkan dendam terhadap orang tua mangsa yang tidak pernah merestui hubungan cinta mereka semenjak tiga tahun lalu.

Selain itu juga, tertuduh di katakan pernah di penjarakan oleh orang tua mangsa kerana cuba melarikan mangsa pada tiga tahun yang lepas.

Selepas tertuduh keluar dari penjara, mereka telah menjalinkan hubungan cinta secara sembunyi tetapi tetap di ketahui oleh orang tua kekasihnya itu.




loading...