Ahad, 2 Oktober 2016

Adik Suka Tidur Atas Katil Arwah Nenek, Rupa-Rupanya…..

Memandangkan sekarang ini tengah hujan and fefeeling macam tenang saja, aku ada nak kongsi cerita mengenai adik aku sikit. 

Adik aku ini umur 20 dan sekarang ini student uitm Shah Alam, tadi aku hang out la dengan dia nak pergi pasar malam sambil jalan-jalan cari makan lepas itu bila dalam kereta itu, terbukalah cerita-cerita lama masa kita orang berdua duduk satu asrama ini.

Rupa-rupanya selama ini aku baru tahu yang adik aku ini ada kelebihan untuk ternampak makhluk halus secara tidak sengaja, dan selalu kena kacau. Selama ini dia tak pernah cerita apa pun yang dia pernah nampak dekat family, walaupun keluarga kami sekali pun. 

Memang terkejut aku! Ok, biar aku cerita satu persatu apa yang dia nampak bermula dari dia kecil lagi.

1. Masa dia darjah 2 dan aku darjah 6, arwah nenek kami meninggal dunia, bila dah selesai kebumikan pagi itu, malamnya semua orang nak masuk tidurlah kan. adik aku ini tak pasal-pasal saja pergi tidur dekat katil arwah nenek kami. 

Bangun saja dari tidur, dia pergi dekat mak aku cakap tadi arwah nenek ada sebelah dia dan cakap dengan dia. penyudahnya mak aku marah dia sebab pergi tidur dekat katil arwah.

2. Masa darjah 6 pula. dia balik tuisyen malam dengan ayah aku naik motor dan perjalanan ambil masa selama 20 minit nak sampai rumah. atas motor itu, dia tengoklah langit, kot-kot nampak bintang ke. tapi tup-tup dia nampak ada perempuan dengan baju dan rambut mengerbang terbang laju dekat atas dia orang. 

Dia terkejut tapi cuma pejam mata saja sampai dekat rumah, bila sampai dekat rumah adik aku nak mandilah tapi untuk pengetahuan bilik air adik aku itu bumbung dia tinggi dan lutsinar. u know what? Dia nampak makhluk itu tengah pandang dia dari bumbung atas toilet itu weyh!

3. Masa ini form 1 dia masuk asrama yang sama dengan aku. malam itu histeria dekat hostel tengah menjadi-jadi. semua orang kena berkumpul dekat surau. masa on the way nak pergi surau dari blok Aspuri itu dia nampak perempuan muka terbakar tengah terbang dan hinggap dekat bumbung surau dekat sebelah padang net ball lagi la banyak, macam tengah melepak secara berjemaah pun ada, dan ‘benda’ itu semua pandang dia.

4. Masa form 2, jam 3 pagi, adik aku ini tidur lewat dan buat homework sorang-sorang dekat tengah-tengah dorm. Tiba-tiba dia terdengar bunyi ada budak main hanger yang tergantung dekat katil. lama pula itu! Adik aku pun faham yang benda itu nak kacau laa itu. 

dia pun perlahan-lahan naik atas katil. dah naik katil, benda itu still kacau lagi. dia goyang-goyang kan katil itu pula tapi bila tak tahan kena kacau, adik aku cakap “jangan la kacau aku, aku nak tido laa”. then, benda itu terus stop.

5. Form 3 pula. dia orang nak pergi lawatan sekolah jam 5 pagi bertolak. jadi pada jam 3 pagi adik aku ini bangun la untuk siap-siap. tiba-tiba dia teringat yang tuala dia tertinggal dekat ampaian belakang dan dia berani sangat pergi ambil. 

Dekat sebelah ampaian itu ada satu toilet yang jarang orang guna sebab ada lampu rosak dan kecik. masa melintas depan toilet itu, dia terdengar ada bunyi orang mandi shower dan menyanyi perlahan.

Kau orang tahu, dia pergi masuk toilet itu and ketuk pintu shower sambil jerit,”siapa niee?? kenapa mandi tak buka lampu??” . lepas saja dia cakap macam itu, terus shower and orang nyanyi itu stop! then, baru adik aku sedar, mana ada orang mandi pagi-pagi buta dekat toilet itu! cepat-cepat dia pergi.

6. Di sebabkan banyak sangat, aku terus skip story dia dan terus masa dia degree ya. Nak di jadikan cerita, satu malam itu adik dengan kakak aku terpaksa balik ke Perak sebab ada hal emergency dekat rumah. 

Jadi dia orang drive dari Shah Alam ke perak ikut laluan puncak alam sebab nak cepat sampai. masa itu nak dekat jam 3 pagi, dan adik aku yang drive kereta. along tiba-tiba tegur, “Eh, ada motorlah dekat belakang!”

Tapi, bila adik aku tengok ikut cermin belakang, dia cakap mana ada motor long..” tup-tup adik aku tengok betul-betul dekat cermin itu dia nampak dekat bahagian kerusi belakang kereta dia orang itu ada yang ‘menumpang’!

Benda itu bermuka kosong saja dan duduk dekat kerusi belakang itu sampailah nak masuk ke Ijok. along itu penakut, jadi adik aku ambil keputusan dah sampai rumah nanti baru nak bagi tahulah, tapi dalam hati Allah sajalah yang tahu.
loading...