Selasa, 4 Oktober 2016

Dua Pembunuh Eno Bakal Dihukum Gantung Manakala Seorang Terselamat.

tertuduh yang sanggup membunuh gadis yang menjadi pujaan hati mereka dengan memasukkan batang cangkul di kemaluan Eno 19 tahun sehingga meninggal dunia.
Masih terasa lagi betapa kejamnya ketiga-tiga orang tertuduh yang sanggup membunuh gadis yang menjadi pujaan hati mereka dengan memasukkan batang cangkul di kemaluan Eno 19 tahun sehingga meninggal dunia.

Peguam hakim Negeri Tangerang telah mengadakan sidang mahkamah yang pertama pada hari ini untuk Rahmat Alim yang merupakan tertuduh di bawah umur bagi kes pembunuhan Eno Parihah.

Rahmat Alim 16 tahun yang juga merupakan tertuduh di bawah umur telah di jatuhi hukuman penjara sepuluh tahun oleh Mahkamah negeri itu.

Hukuman itu di jatuhkan kerana Rahmat Alim di dapati melakukan pembunuhan tersebut tanpa unsur dirancang dan tertuduh tidak di kenakan hukuman maksimum untuk kanak-kanak di bawah umur iaitu setengah dari hukuman maksimum untuk orang dewasa iaitu hukuman gantung sampai mati.

Sementara tertuduh Imam Harpiadi 24 tahun dan Rahmat Arifin 24 tahun yang di kategorikan sebagai tertuduh dewasa akan di hadapkan ke mahkamah pada esok, di mana kedua-dua tertuduh telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh secara terancang.

"Besok sidang mahkamah akan di adakan dan semua laporan juga telah lengkap untuk di bentangkan di mahkamah," kata Saksi Utama Jenayah Umum Negeri Tangerang, Andri Wiranofa.

Mengulas mengenai hukuman yang di jatuhkan ke atas Rahmat Alim, beliau mengatakan bahawa tertuduh Rahmat Alim tidak dapat di jatuhkan hukuman gantung atas sebab dia dilindungi oleh Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak di bawah umur manakala Arifin dan Imam telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati,"katanya.

loading...