Rabu, 19 Oktober 2016

Video Haiwan Kacukan Zebra Keldai Tarikan Baru.

Sebuah zoo mendapat tarikan baru apabila haiwan kacukan keldai dan zebra dilahirkan di situ.

Haiwan comel digelar zedonk – gabungan perkataan n zebra dan donkey (keldai) – itu mempunyai kepala dan badan mirip keldai tetapi kakinya serta bahagian sisi badannya berbelang seperti zebra.

Video dirakam pada 5 Oktober lalu menunjukkan zedonk itu mula berjalan di Suqian, wilayah Jiangsu selepas dilahirkan zebra betina di zoo berkenaan.

Kakinya yang berbelang menampakkan haiwan itu seperti memakai stokin. Beijing 

Pengunjung ke zoo itu juga dilihat merebut peluang untuk melihat kelahiran baru yang pelik itu.

Pada 2013, haiwan seperti itu juga dilahirkan keldai betina di sebuah pusat pemuliharaan haiwan di Florence, Itali.

Haiwan dinamakan Ippo itu mempunyai warna seperti keldai tetapi berbelang dan dilaporkan dalam keadaan sihat.
loading...