Rabu, 12 Oktober 2016

Pengantin Izinkan Diraba Tetamu Untuk Kumpul Duit Berbulan Madu

CHINA - Hanya kerana ingin mengumpulkan wang bagi perbelanjaan bulan madu mereka, seorang pengantin perempuan rela dirinya diraba oleh tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya.

Namun begitu di China mengikut adat mereka sememangnya pengantin perempuan di benarkan berbuat demikian malah ada yang lebih teruk dari itu pun ada juga.

Rakaman video seorang pengantin perempuan membenarkan dirinya diraba oleh tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya itu telah tersebar di media sosial di negara itu.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di utara China dan rakaman video terbabit menunjukkan para tetamu lelaki sanggup beratur dan membayar untuk tidak melepaskan peluang meraba pengantin perempuan itu.

Difahamkan, pengantin perempuan tersebut sanggup berbuat demikian untuk mengumpul wang bagi membiayai percutian berbulan madu mereka kelak.

Bagaimana, identiti wanita itu tidak diketahui dan ada yang mendakwa video itu dirakam di sebuah kelab malam, Thailand yang dipenuhi dengan pelancong China.-The Reporter

loading...