Isnin, 17 Oktober 2016

Rakyat Malaysia Pertikai Remaja 19 Tahun Dapat Gelaran 'Datuk'

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia menyatakan rasa terkejut dengan imej seorang remaja mendapat gelaran 'Datuk' pada usia muda di negara ini yang tersebar di laman media sosial.

Imej yang tersebar itu menunjukkan remaja tersebut berdiri di bilik menunggu, berpakaian istiadat dengan kapsyen berbunyi: "Datuk termuda di Malaysia... 19 tahun."

Kebanyakan rakyat Malaysia yang memberikan komen dalam gambar itu mempertikaikan identiti individu tersebut dan sumbangannya kepada negara.

"Tiada apa yang patut dibanggakan!." kata Ck Lee.

"Jika (gambar ini) betul, maka nilai gelaran 'Datuk' berada di tahap terendah di mata rakyat," kata Johnson Lee yang turut tertanya-tanya sumbangan remaja berusia 19 tahun itu kepada masyarakat.

Sementara itu, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang turut memperlekehkan individu dalam gambar tersebut.

"Mungkin dia memperoleh 11A+++ dalam peperiksaan SPM," kata A Remid Lench Fatudin.

Beberapa netizen mendakwa individu dalam gambar itu merupakan pengguna Facebook menggunakan nama Alvin Gor.

The Star bagaimanapun tidak dapat mengesahkan umur individu dalam gambar tersebut atau kesahihah mesej berkenaan.

Usaha untuk menghubungi Gor juga tidak berjaya.-mStar Online
loading...