Khamis, 20 Oktober 2016

'Saya Tak Mahu Komen, Rujuk Dengan Peguam Saya'

Adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Muhammad Faizznurr Asyraf Husain, 26 sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan ke atas  pihak yang menyebarkan tuduhan ke atasnya.

Enggan mengulas lanjut, bapa saudara kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5 itu berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguam tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Sekarang saya tak boleh nak komen apa-apa. Awak (Penulis) boleh tanya peguam saya.

"Saya bukan nak lari tapi sekarang orang dah tuduh saya macam-macam. Saya sedang bincang strategi undang-undang dengan peguam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Nama Faizznurr menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, mendakwa Faizznur pecah amanah.

Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.

Amira dan Aqila adalah anak pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam nahas membabitkan Myvi di Lebuhraya Duke, Mei tahun lalu.-Sinar Harian
loading...