Rabu, 5 Oktober 2016

Video Budak-Budak Pecah Cerman Kereta Dan Ganggu Wanita Dalam Kereta.

Semakin membimbangkan dan menakutkan, itu kata-kata tepat apabila melihat rakaman yang dimuat naik di laman sosial memaparkan dua orang remaja belasan tahun merompak sebuah kereta yang sedang di parkir.

Kejadian yang dipercayai berlaku di negeri Johor itu jelas memaparkan dua remaja lelaki berkenaan memecahkan cermin kereta berkenaan dengan menendangnya dan mengacukan sesuatu kearah wanita di dalam kenderaan tersebut.

Selepas itu, remaja berkenaan melarikan diri dan wanita dalam kenderaan itu keluar dari kenderaan.

Para pelayar internet memberikan reaksi dimana mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap remaja terbabit dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.-Malaysiakini

loading...