Selasa, 1 November 2016

Video: Padah Nak Tunjuk Hebat Depan Awek.

Seorang pelancong dirakam bergelut dengan seekor panda selepas memecah masuk ke kandang haiwan itu di sebuah zoo di China semata-mata mahu menunjukkan kehebatannya di depan dua rakan wanitanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, lelaki itu, Chen, 20-an, bersiar-siar di zoo berkenaan di wilayah Jianxi, selatan China, bersama dua rakan wanitanya apabila dia memanjat masuk ke kandang panda itu yang dibina di kawasan sedalam 3 meter.

Ketika di dalam kandang itu, dia mengejutkan panda seberat 117.9 kilogram bernama Mei Ling yang sedang tidur.

Tindakan Chen menyebabkan haiwan itu menerkam dan memaut kakinya.

Chen berusaha membebaskan dirinya tetapi Mei Ling enggan melepaskannya menyebabkan lelaki itu tersungkur.- Harian Metro
loading...