Rabu, 5 Oktober 2016

Video Peminat `Kurang Ajar’ Buka Zip Baju Penyanyi Ketika Persembahan Live.

Penyanyi terkenal Thalia terpaksa berdepan dengan peminat `kurang ajar’ yang telah membuka zip belakang bajunya ketika dia dijulang oleh mereka sewaktu membuat persembahan sempena Latina Live Tour di Miami.

Thalia, 45, atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda berasal dari Mexico. terpaksa memegang bajunya bagi mengelakkan ia terlondeh. Ketika itu Thalia memakai gaun pendek.

Dia juga terpaksa meminta bantuan penonton lain untuk membantu menzipkan semula baju tersebut sambil Thalia menyanyi.

Beberapa hari lepas Thalia berdepan dengan kecaman selepas dia menyuruh peminatnya turun dari pentas.

Keadaan ini memaksa Thalia meminta maaf kepada peminatnya menerusi akaun instagramnya dan menyatakan bahawa mereka amat bererti kepadanya.

Thalia boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Sepanyol, English, Filipina, Perancis dan Portugis. Dia turut berlakon dalam drama opera termasuk Maria Mercedes atau Rosalinda.

Thalia berkahwin dengan ahli perniagaan Tommy Mottola iaitu bekas suami kepada penyanyi Mariah Carey.
loading...