Ahad, 23 Oktober 2016

Video Polis Tampar wartawan Wanita Sedang Membuat Laporan

Dalam satu kejadian mengejutkan, seorang pegawai polis menampar wartawan wanita saluran berita swasta ketika mangsa membuat laporan di Karachi.

Video itu menjadi viral di media sosial sejak kejadian itu.

Wartawan saluran berita K-21, Saima Kanwal, membuat liputan secara langsung mengenai masalah yang dihadapi orang ramai di pusat pendaftaran Nadra di Karachi apabila unit Konstabel Sempadan Pakistan menampar mukanya.

Kakitangan unit itu, pada mulanya cuba menghalang Kanwal daripada memasuki premis pejabat pendaftaran itu dan kemudian cuba menghalang jurukamera daripada mengambil rakaman video kawasan pejabat.

Ketika itu, Kanwal mula bertanya soalan kepada pengawal keselamatan mengenai mengapa mereka bersikap biadap terhadap seorang wanita yang ada di pejabat itu apabila tiba-tiba beliau ditampar dengan kuat.

Anggota berkenaan turut melepaskan tembakan ke udara.

Video itu segera menjadi viral. Kes sudah dilaporkan kepada polis.

Pejabat pendaftaran Nadra juga membuat laporan terhadap saluran berita itu kerana mencetuskan halangan terhadap kerja rasmi mereka.
loading...