Ahad, 16 Oktober 2016

Video Wanita Tendang Dan Pijak Anak Saudara Di Dalam Tadika.

Seorang wanita dikecam hebat selepas rakamannya menendang dan memijak anak saudaranya yang masih kecil kerana berdendam dengan ibu bapa mangsa tersebar di Internet.

Kejadian di Yulin, wilayah Shaanxi, China itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tadika kanak-kanak itu sebelum tersebar 13 Oktober lalu.

Menurut laporan, wanita itu kemudian ditahan polis dan kes berkenaan kini disiasat.

Media China melaporkan wanita itu menyerang kanak-kanak terbabit kerana berangkan isu kewangan dengan ayah mangsa.

Ketika kejadian, rakan sekelas kanak-kanak itu bermain di luar bilik darjah.-Harian Metro
loading...