Ahad, 9 Oktober 2016

Wanita Berkulit Merah Bersalin, Doktor Terkejut Melihat Bayinya

Tephanie Turner dilahirkan dengan keadaan kulit genetik yang jarang berlaku dan membuat kulitnya menjadi warna merah dan tebal.

Semasa di lahirkan seluruh tubuhnya dibalut dengan kulit putih, akan tetapi tidak lama selepas itu, kulit putihnya retak hingga bertukar menjadi warna merah, doktor menamakan penyakit Tephanie Turner sebagai Harlequin Ichthyosis.

Apabila Stephanie dilahirkan, doktor berkata tidak mungkin dia akan terus hidup, akan tetapi beliau menentang kemungkinan itu.

Banyak sebab untuk saya hidup, saya tidak akan mengalah hanya dengan satu sebab”kata Stephanie yang kini sudah berusia 23 tahun

Selama hidup beliu menyapukan krim untuk menghalang bakteria masuk kedalam kulitnya.

Dia membuktikan kepada dunia bahawa kehidupan seorang manusia bukan di tangan doktor, itu adalah urusan tuhan.

Stephanieber kata sebagai seorang pesakit Harlequin ichthyosis, bukanlah pekara yang mudah, bahkan sekali sekal kulitnya akan merasa gatal yang teruk, hingga dia menggarunya sampai berdarah.

Menurut record dunia beliau adalah pesakit Harlequin ichthyosis yang paling lama bertahan setakat ini.

Beliau yang lahir dalam keadaan ini bukan hanya melawan bakteria dan rasa gatal gatal dibadan, dia juga harus melawan perasaannya yang selalu menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekolahnya, paling kerap dia dibuli kerana tidak memiliki rambut.

Bak kata orang setiap manusia pasti akan ada jodoh, pekara itu juga berlaku kepada Stephanie, beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang mencintainya.

Ketika dia mengandung, sekali lagi dia mendapat amaran dari doktor, bahawa dia tidak akan selamat jika bersalin kelak, dan kemungkinan besar bayinya juga akan memiliki penyakit sama sepertinya.

Di sini sekali lagi Stephanie membuktikan bahawa ramalan doktor itu salah, beliau selamat bersalin dan bayinya juga tidak ada tanda-tanda seperti yang di alami oleh ibunya, bayinya normal dan sihat.

Pekara itu juga membuat doktor tersebut merasa terkejut, sungguh ini kuasa tuhan, katanya.

Hingga kini beliau sudah memiliki dua orang anak bersama suaminya Curtis anak dinamakan Willy dan Olivia, kedua-dua anaknya sihat dan tidak memiliki jangkitan Harlequin ichthyosis.

loading...