Isnin, 7 November 2016

Bayi Menangis Tak Henti-henti Sehingga Maut Rupanya Tercekik Tutup Botol.


Seorang bayi berusia 8 bulan bernama Rhea disahkan meninggal dunia setelah mengalami masalah pernafasan akibat tertelan tutup botol.

Kejadian itu hanya disedari oleh neneknya ketika neneknya itu sedang mencari cucunya yang malang itu di dalam rumah, sementara ibunya sedang tidur lena di samping kanak-kanak itu bermain yang diletakkan dalam Bouncer.

Mereka percaya dengan meletakkan Warha dalam Bouncer, dia tidak akan mampu mencapai apa-apa.

Namun siapa sangka bayi berusia 8 bulan itu mampu mendapatkan tutup botol air mineral yang terdapat di sekitar ibunya yang tidur.

Ketika mendengar Rhea menangis, ibu dan nenek ini terus mendekatinya, mereka melihat Rhea meronta-ronta serta tangisannya seperti tersekat-sekat.

Mereka menyedari bahawa ada sesuatu di dalam mulut anaknya tetapi sayang tindakkan untuk mengeluarkannya sudah terlambat sehingga mengakibatkan Rhea meninggal dunia akibat kekurangan oksigen.

Menurut ibu Rhea, Rhea merupakan seorang bayi yang ceria selain membuatkan orang tuanya senang hati dengan tingkah lakunya yang comel, dan mengongsikan berita kematian anaknya itu dilaman media sosial sebagai peringatan kepada orang lain.

Bayi serta kanak-kanak sememangnya suka meletakkan sesuatu ke dalam mulut mereka, oleh itu ibu bapa di nasihatkan supaya menjaga anak-anak daripada objek kecil kerana itu mungkin akan mendatangkan bahaya kepada mereka.

Malangnya ada beberapa ibu yang tidak perasan anak-anak mereka meletakkan sesuatu kedalam mulut sehingga menyebabkan kematian.


Terdapat banyak kejadian kanak-kanak tidak sengaja menelan benda tanpa disedari oleh ibu bapa mereka, oleh sebab itu ibu bapa perlu memerhati anak-anak anda sepanjang masa terutama sekali pada waktu mereka bermain.
loading...