Rabu, 2 November 2016

Pengsan Lihat Mayat Yang Di Penggal Tak Bermata

Tak tahan melihat mangsa pembunuhan kejam beberapa orang dikatakan pengsan setelah melihat keadaan mangsa bunuh dengan leher di belah dan kedua-dua matanya di cungkil keluar menggunakan pedang samurai.

Medan, mayat seorang wanita berketurunan China Tionghoa Sui Chen 71 tahun ditemui dalam keadaan mengerikan di rumahnya di kawasan perumahan Graha Sunggal Medan, tidak jauh dari mayatnya terdapat sebilah pedang samurai berlumuran darah dipercayai senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Pihak polis mengatakan bahawa penemuan mayat itu di syaki merupakan mangsa rompakan dan bunuh, yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki yang memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang rumahnya.

Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut berkata bahawa dia telah melihat seorang remaja lelaki sedang melarikan diri dari belakang rumah mangsa dalam keadaan berlumuran darah sekitar jam 2.20 petang

Saksi gagal mengejar tertuduh kerana belakang rumah mangsa merupakan kawasan yang bersemak, selepas dia memeriksa ke dalam rumah, beliau melihat mayat jirannya itu dalam keadaan leher di penggal dan kedua-dua matanya di cungkil keluar.

Hal itu terus di maklumkan kepada pihak polis dan dalam sekelip mata sahaja rumah mangsa telah dikerumuni orang ramai dan ada di antara mereka yang pengsan kerana melihat keadaan mayat yang terlalu mengerikan.

Sementera pihak polis yang membuat tinjauan di dalam rumah telah mendapati beberapa kotak barang kemas dan beg simpanan duit dalam keadaan kosong.

Pihak polis Medan Melayu Deli yang menjalankan penyiasatan telah menyoal siasat salah seorang ahli keluarga mangsa yang bernama Jasmin kerana pihak polis mengesyaki bahawa mangsa mengenali tertuduh.

Dimaklumkan bahawa mangsa merupakan andartu dan tinggal bersama adiknya.-Eberita
loading...