Rabu, 9 November 2016

Tolong Henti Sebar Berita Palsu - Ibu Mangsa

Seorang kanak-kanak mengalami bibir terkoyak dengan 50 jahitan dipercayai terkena tombol pintu ketika berlari-lari dalam dewan.

Dalam kejadian yang berlaku di sekolah agama Taman Kajang Raya ini beberapa hari lepas dimaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan sedang bermain lari-lari dalam dewan.

Sebelum kes tersebut murid ini dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Duyong Melaka di sini seperti yang viral di media sosial, terutama menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Namun ibu mangsa Ila Zamila menjelaskan bahawa kejadian sebenar bukan berlaku di Melaka dan bukan berlaku pada hari ini seperti mana yang di viralkan.

"Saya harap  yang membuat kenyataan di sekolah Melaka tersebut sila hentikan menyebarkan berita palsu"katanya.


Pengarahnya Abu Bakar Sahari ketika dihubungi pemberita telah mengesahkan perkara itu melalui guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong dan SK Seri Duyong tiada kes itu di sekolah berkenaan.
loading...