Jumaat, 11 November 2016

Video: Dari Awal Lagi Saya Dah Tak Sedap Hati.

Saya siap minta ampun dengan suami kalau apa apa terjadi”luah seorang isteri Wahida Zainal yang menjadi mangsa tidak senonoh lelaki tidak dikenali di tandas Petrol Station Petronas , Jalan Reko Kajang.

Dalam kejadian yang berlaku semalam 10 Nov 2016 Rabu jam 8:45,sebelum Wahida Zainal memasuki tandas, seorang lelaki tidak dikenali masuk ke tandas wanita itu melalui video rakaman Cctv Petrol Station Petronas berkenan.

Mangsa yang tidak tahu akan hal itu terus masuk tandas, meskipun beliau pada awalnya sudah tidak sedap hati hingga minta ampun kepada suaminya sebelum masuk tandas awam itu.

Katanya ketika dalam tandas kepalanya asyik mendongak dekat atas karena risau dan tidak sedap hati,Dengan tiba tiba beliau ternampak muka seorang lelaki terjongol di atas cuba mengintai dari tandas sebelah.

Beliau berkata,dia menjerit minta tolong dan memanggil nama suaminya Loqman hakim namun tiada siapa yang datang, karena bimbang lelaki mengintainya itu menunggu di depan bilik tandas sambil memegang sebilah pisau,beliau menjerit sekuat hati hingga menangis histeris.

Setelah jeritannya di sahut oleh seorang wanita,lelaki tidak dikenali itu terlihat bergegas keluar dari dalam tandas sebagaimana yang terlihat dalam rekaman video cctv.

Beliau yang memaklumkan kejadian itu kepada suaminya yang menunggu dalam kereta terus pergi ke lokasi kejadian,apabila tidak mendapati apa apa,suaminya itu membuat satu report dan meminta melihat rekaman cctv.

“Geram rasa,tergamak buat benda macam itu kat tempat awam,tapi Alhamdulillah ,Allah selamatkan saya,jadikan apa yang berlaku pada saya sebagai Iktibat Terutama Wanita diluar sana”ujar Wahida.

loading...