Khamis, 24 November 2016

Video Justin Bieber Tumbuk Muka Peminat Yang Mengejarnya

Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber dilaporkan telah menumbuk wajah salah seorang peminat yang mengejar keretanya ketika mengadakan konsert jelajah di Barcelona, Spain semalam.

Menurut laporan People, tindakan spontan Bieber, 22, itu telah menyebabkan bibir peminat lelaki itu luka dan berdarah.

Insiden itu bagaimanapun telah dapat dirakam oleh portal TMZ.

Dalam video itu menunjukkan Bieber yang baru tiba menaiki kereta dengan tingkap terbuka telah dikeremuni sekumpulan peminat.

Sehingga kini, Bieber belum memberikan sebarang komen mengenai kejadian dan tindakan tersebut. Olahan oleh: Syafiqah Jalal Sumber: People
loading...