Rabu, 16 November 2016

Video Suami Menangis Kesan Kecurangan Isteri Guna Drone

Seorang suami yang mengesyaki isterinya berlaku curang, berjaya ‘menangkap’ isterinya itu dengan menggunakan drone.

Lelaki itu mengesan kecurangan isterinya apabila melihat wanita itu menaiki kereta lelaki lain, selepas berjalan kaki dari rumah mereka.

“Jika anda melihat dengan teliti, anda akan dapat melihat 18 tahun (perkahwinan) sia-sia sahaja,” katanya dalam video yang dimuatnaik dalam YouTube.

Lelaki itu yang menamakan dirinya AOG berkata, dia mengesyaki isterinya itu berlaku curang selepas wanita berkenaan berkelakuan pelik.

Malah dia turut menerima panggilan yang memberitahu ada sesuatu yang berlaku, dan selepas dua kali mengekori isterinya, dia tidak menemui bukti.

Susulan itu dia mendapat idea, menggunakan drone untuk mengekori isterinya dan selepas mendapat bukti berkenaan, ia dimuatnaik dalam media sosial.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita yang berpakaian hitam, keluar dari sebuah rumah di satu tempat di Amerika Syarikat menuju ke sebuah pasaraya.

Wanita itu bagaimanapun kemudiannya berjalan ke simpang bertentangan dengan pasaraya terbabit dan menuju ke sebuah kenderaan. Tidak lama kemudian seorang lelaki bertemu dengan wanita itu.

Bagaimanapun tidak semua netizen yang simpati kepada llelaki terbabit dan ada yang menyifatkan ia sebagai taktik pengiklanan.
loading...