Ahad, 11 Disember 2016

5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Jerawat Dalam Satu Malam!

Tak sukanya bila jerawat datang singgah pada wajah. Bukan je datang tanpa diundang, nak hilangkan pun susah.

Satu dua jerawat boleh tahan lagi, tapi kalau dah penuh jerawat satu muka, memang sakit hati.

Kami akan kongsikan cara untuk hilangkan jerawat dalam satu malam sahaja. Tak percaya? Cuba dulu baru tahu!
 
1. Gel aloe vera
 Kalau rajin, tanamlah aloe vera di rumah. Memang banyak khasiatnya. Aloe vera memiliki kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan dan juga iritasi kulit.

2. Madu

Khasiat madu dan kebaikannya sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat. Madu merupakan antibiotik natural yang membunuh bakteria penyebab jerawat. Ia juga melembap dan menjadikan kulit anda lebih sihat.

3. Bawang putih
Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat. Hancurkan seulas bawah putih dan tambah sedikit air Sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. Jangan letakkan bawang putih pada kulit tanpa air. Anda akan menyesal nanti!

4. Ais
Ais membantu mengurangkan bengkak dan juga mengecutkan jerawat anda. Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut atau tuala. Tekap pada kawasan berjerawat selama 2-3 minit.

5. Ubat gigi
Ubat gigi mengandungi kandungan anti-bakteria yang membunuh bakteria penyebab jerawat. Ia mampu mengeringkan jerawat dan menyembuhkan jerawat dengan cepat.
loading...