Sabtu, 31 Disember 2016

Arwah 'Minta' Gali Kubur

Bulukumba, Indonesia: Satu keluarga di sini bertindak menggali semula kubur seorang ketua kampung yang baru meninggal dunia selepas sering bermimpi saudara mereka itu masih hidup.

Kira-kira 3,000 penduduk berkumpul di tanah perkuburan kampung Tanah Harapan di Rilau Ale pada Rabu lalu untuk melihat kubur itu digali semula.

Ketua kampung yang dikenali sebagai Umar itu dilaporkan meninggal dunia pada 13 Disember lalu akibat sakit.

Bagaimanapun, kuburnya digali semula selepas ahli keluarganya sering bermimpi lelaki itu masih hidup dan merayu dia segera dikeluarkan dari kubur.

Isteri Umar, Mira, 40, berkata, dia dan beberapa ahli keluarganya yang lain sering bermimpi suaminya masih hidup di dalam kubur.

Mimpi keluarga arwah tidak menjadi nyata,Setelah proses penggalian kubur ketua kampung itu berlangsung dan jasadnya dinaikkan dari liang lahat,jasad tidak hidup dan masih terbujur kaku. jasad arwah bahkan sudah berbau. Akhirnya jasad dikuburkan semula.
loading...